Monday, 10 August 2015

Pakej Berkumpulan 2015 : Uzbekistan

8H6M UZBEKISTAN Tashkent-Bukhara-Samarkand
24-30 Nov 2015 


Hari 01 : Kuala Lumpur - Tashkent (MM)
  • Berkumpul di KLIA dan menaiki penerbangan ke Tashkent
  • Tiba di lapangan terbang Tashkent  
  • Makan malam
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Tashkent

Hari 02 : Tashkent-Bukhara (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi
  • Terus bertolak ke lapangan terbang domestik untuk ke Bukhara yang merupakan salah satu kota persinggahan yang penting bagi karavan yang melalui laluan sutera
  • Melawat ke Ismael Samani Mausoleum: merupakan seorang tokoh yang berpengaruh semasa Dinasti Samani
  • Makan tengahari dan solat
  • Seterusnya ke Chashma Ayub Mausoleum, Bolo Hauz Mosque, Citadel Ark
  • Makan malam
  • Daftra masuk hotel dan bermalam di Bukhara

Hari 03 : Bukhara (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi 
  • Meneruskan lawatan ke Poi Kalon, Kalyan Mosque, Miri Arab Madrassah dan Madrasah Nadir Divanbegi .
  • Makan tengah hari dan solat
  • Meneruskan lawatan ke  Lyabi Khauz Ensemble dan Bahouddin Nakhsbandi Mausoleum yang merupakan tokoh agama yang penting di Bukhara
  • Makan malam
  • Pulang semula ke hotel dan bermalam di Bukhara.

Hari 04 : Bukhara – Samarkand (SP/MT/MM)
  • Daftar keluar hotel dan bertolak ke Samarkand yang merupakan kota purba serta dipilih oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia
  • Dibawa melawat ke Imam Al-Bukhary Mausoleum 
  • Berhenti di Gijduvan Village galeri membuat bikar
  • Makan tengahari dan solat 
  • Tiba di Samarkand dan daftar masuk hotel.
  • Aktiviti bebas
  • Makan malam dan bermalam di Samarkand 

Hari 05 : Samarkand (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi
  • Dibawa melawat ke Madrassah Ulug Bek, Madrassah Shir-Dor dan Madrassah Tillya-Kori
  • Makan tengahari dan solat 
  • Teruskan lawatan ke Mausoleum Guri Emir, Tamerlane’s Tomb dan Architectual Complex Shakh -i-Zinda dan Registan Square dimana ia merupakan sebuah dataran dan tempat berkumpul untuk mendengar pengisytiharan diraja di Samarkand
  • Makan malam dan kembali ke hotel
  • Bermalam di Samarkand

Hari 06 : Samarkand - Tashkent (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi 
  • Daftar keluar hotel dan bertolak ke Tashkent yang merupakan Kota Purba yang menjadi Ibukota Uzbekistan dan yang terbesar di Asia Tengah
  • Dalam perjalanan berhenti menikmati dan membeli buah – buahan, bergambar berlatar belakang bandar Tashkent yang indah di National Siab Bazaar.  
  • Tiba di Tashkent dan daftar masuk hotel
  • Aktiviti bebas
  • Makan malam dan bermalam di Taskent.

Hari 07 : Tashkent (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi
  • Melawat ke Independence Square , Amir Temur Square, Tashkent Metro Ride dan Tashkent National Art Centre
  • Membeli-belah di Chorsu Bazaar (bazaar yang tersibuk di Asia Tengah) dan Uzbek Mahalla.
  • Makan tengah hari dan solat
  • Berkunjung ke Kaff­al Shashi Mausoleum, Barak Khan Madrassah, Kulkeldash Madrassah dan Khasti Iman Complex yang merupakan pusat agama Islam di Tashkent 
  • Aktiviti bebas di Local Broadway untuk membeli belah.
  • Makan malam dan dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur

Hari 08 : Kuala Lumpur (SP)
  • Selamat tiba di Kuala Lumpur


Harga Termasuk:
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur - Taskent- Kuala Lumpur
  • Cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas
  • Visa ke Tashkent

Harga Tidak Termasuk:
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Nota:
* * Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis awal & sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Hotel
Harga seorang (Bilik kongsi berdua/bertiga)
Dewasa
Kanak-kanak Berkatil
Kanak-kanak Tanpa Berkatil
Malika Tashkent ;
Shaherezada B & B Samarkand ;
Old City B & B Bukhara atau setaraf 3*
5,499
4,899
3,899

Jadual Penerbangan Uzbekistan Airways
HY552              KUL-SIN                       0920/1025
HY552              SIN-TAS                        1145/1650

HY551              TAS-KUL                       2115/0750 (+1)


No comments:

Post a Comment